Oh,aku masih ingat ketika pemilihan barisan kepimpinan. Aku
dengan semangatnya mencalonkan Arif. Tetapi,dia tidak terpilih. Aku tahu dia
layak memegang amanah itu. Tetapi,dari situ aku belajar bukan semua yang kita
fikir hebat di mata kita, akan turut hebat di mata orang lain. Bukan kerana dia
tidak layak,tetapi ada sesuatu yang sudah diaturkanNya, dia sentiasa berada di
sampingku dan menjadi penjagaku dan sama-sama membimbing untuk ke syurga. Arif
tidak disibukkan dengan tugas-tugas lain kerana janji dia sebagai sahabatku
dunia dan akhirat. Mulia sekali pekerjaannya. Sesungguhnya
saudara yang membantu saudaranya lain lebih baik daripada 1000 tahun i’tikaf. Aku tidak berhenti berdoa agar
dia dikurniakan syurga.
Sudah tiga tahun kami berada di situ.Hari-hariku semakin baik.
Kini,aku dan Arif sedang menghafaz 30 Juzu Al-Quran. Aku ingin masuk syurga dan
membawa orang yang berjasa kepadaku bersama ke syurga. Suatu hari,aku dan Arif
‘outing’. Itulah yang dipanggil pelajar
di sini apabila keluar ke bandar. Aku mempunyai kerusi rodaku sendiri. Arif
menolakku ke sebuah kedai buku. Aku membeli buku berjudul ‘Khalifah yang Agung’
dan Arif pula membeli buku ‘Ajal Kita Siapa yang Tahu’. Aku tertarik kepada
buku itu dan berkata kepada Arif yang aku mahu pinjam selepas dia habis
membacanya. Memang itu pun kebiasaan kami. Bertukar-tukar buku, bertukar-tukar
ilmu.
Keluar sahaja daripada kedai buku. Kami menuju ke transit yang
kami naiki untuk ke sini tadi. Arif membantuku untuk naik ke dalam transit.
Tiba-tiba aku ternampak titik merah di pada jubah putih Arif. Aneh. Aku sedar
ada sesuatu yang bahaya. Belum sempat aku memberi amaran,titik merah itu menjadi
darah merah yang menyerbu keluar dari dada Arif. Darah itu menyembur pada muka dan tubuhku.Bunyi
tembakan itu didengari oleh semua orang di situ. Aku panik. Darah Arif terpalit
pada jubahku yang juga berwarna merah. Darah Arif yang berlumuran di wajahku tidak aku lap.
Kami terus meninggalkan kawasan itu. Sebelum pergi aku dapat mendengar suara
orang ramai menghubungi polis. Saat itu sangat pantas. Transit yang kami naiki
dibawa laju menuju ke hospital. Aku merangkul tubuh Arif sekuatnya. Aku tidak
mahu dia pergi. Doaku ketika itu hanyalah keselamatan Arif. Ya,aku mahu
sahabatku selamat. Aku mengajar Arif mengucap “Asyhadu alla ilaha illallah,wa
asyhadu anna Muhammad rasulullah”. Arif mendekatkan telingaku kepada bibirnya.
Aku dapat mendengar nafasnya sesak. Butir bicara yang ingin disebut tersekat.
Arif kata,dia kata.. “Mesti kuat……kuat untuk ummat. Allah…” Itulah kata-kata
terakhir seorang Arif, dialah kawan,dialah teman, dialah sahabat dunia akhirat.
Moga syurga untukmu,kawan.
Pada sepertiga malam. Aku bertahajud. Setelah itu,aku memeluk
buku yang baru dibeli Arif pada hari kejadian tragis itu. Aku hilang seorang
kawan, tetapi aku bersyukur kerana aku tidak hilang pedoman. Aku mesti terus
kuat. Terus kuat untuk memberi sesuatu yang bermanfaat untuk ummat. Akan aku
pegang amanat terakhirnya. Aku menatap lama kulit buku itu,aku hadamkan.
Lalu,aku membuka halaman pertama buku itu dan membacanya. Air mataku bertakung
di tubir mata. Belum sempat kau membacanya,telah aku belajar bagaimana cara
untuk menerima takdir ajal seorang manusia.
Setelah 10 tahun aku meninggalkan tempat pertama yang aku
panggil rumah, aku kembali semula. Aku kembali seperti yang aku janji. Aku
memeluk Mak Jah dan penghuni rumah itu. Rupa-rupanya,sepanjang aku pergi
mengenal Islam, hidayah datang kepada penghuni rumah ini. Ya,hidayah itu milik
Allah, Tetapi,aku juga gembira kerana ia dikurnia tidak lama selepas
pemergianku. Kini,aku menulis buku. Daripada situ,aku dapat menyara diriku dan
rumah kebajkan ini. Juga ke jalan Allah.
Banyak persoalanku sudah terjawab.Hidup kita tidak semestinya
dimulai dengan kebahagiaan. Jangan kita menilai suatu kesempurnaan pada
permulaan, takut-takut belum sampai ke pengakhiran, kita sudah tersungkur di
pertengahan.
Ayah dan Arif telah pergi. Dan,aku tahu akan tiba juga masaku.
Syukurku tidak pernah memadai dengan peluang hidup dan belajar yang dikurnia
Tuhan Yang Maha Kaya. Sudah 35 tahun aku hidup, aku dapat rasa baktiku pada
dunia masih belum cukup. Tahukah semua,tentang suatu malam aku bermimpi. Mimpi?
Ya,aku mimpi aku akan mempunyai sepasang kaki di syurga nanti dan aku dapat
hidup bersama orang-orang yang aku sayang tidak lama sahaja lagi. Mungkin itu
petunjuk,ajalku semakin hampir. Tetapi,aku tidak gentar kerana dunia ini
sebenarnya mimpi dan akhirat itu pasti. Doakanlah aku terjaga dari tidur yang
panjang ini dalam keadaan yang diredhai. (Al-Fajr, 4 ayat terakhir)
(Batuk..Bunyi rakaman suara rosak dan tutup)
TAMAT
x
No comments:
Post a Comment