Sunday 9 June 2013

Freshie di Uitm

Assalamualaikum.

Dah lama sangat tak mengupdate. Okay,dah dua minggu stay college. Nama kolej nih kolaj angsana. Gemilang tak? Memang semua nak nama bunga. Sangat 'bertuah' sebab kolej angsana ni kolej lelaki sebenarnya. Aku duduk blok A5. Mujurlah blok tu memang perempuan semuanya.

Ini semua gara-gara datang lambat. Tapi,tade lah lambat sangat. Habis registration pukul 4.30, aku datang pukul 3. Fuhh.. Tapelah,boleh cuci mata? o_0 Hanis Nabihah? Jaga pandangan mata!Jangan nak menggedik-gedik pulak eh.

Today,class begins. Agak meriah lah tengok budak asasi lain semuanya merata-rata sana sini cari kelas.
Serius! Jadi budak U memang tak sama dengan budak sekolah dolu2. Ahaks.

Ada yang best. Ada yang tak berapa best.

Yang best!
Nikmat banyak. Serius banyak. Satu bilik dua orang. Satu bilik tu ada kipas siling lima bilah, meja belajar besar, rak buku, laci, almari. Anak kunci seorang satu set.

Nikmat tak? Kalau ada yang nak merungut tu memang aku nak sekeh je. Sebab nikmat macam ni mana boleh dapat kat asrama aku dulu. Aku sampai jadi takut. Eh,betul ke ni? Tade light off. Lampu boleh je bukak sampai pagi. Tapi,aku ni susah juga nak tidur waktu lampu terbuka.

Setiap bilik kuliah dan dewan kuliah ada air cond gituh. Haaaa,memang heaven lah. Kalau dulu boleh berangan je lah. "ee..ee. bestnya kalau kelas kita ada er-kon (air-cond)"

Hahah,memang saya budak jakun.

Yang tak best?
mmmm,,kelas tu jauh jauh. Ada yang dekat fakuti sini. Ada yang fakulti sana. Mencari tu yang agak susah sikit lah. Tapi,aku tak kisah lah! Kalau ada susunan jadual macam tak sistematik sampai kena berkejar sana sini dan ada juga yang kelas pukul 6.30-8.30, terfikir nak solat bila??

Tapi,every difficulties can be solved. Susah susah pun namanya ujian. Tak advanterous lah hidup. Betul tak?

Janganlah ada orang nampak aku kat tepi koridor tengah menangis sudahlah. Ahaks.
Oh,I've something for you. Ini copy from my timeline. Terima kasih Allah atas ilham ini.

***

Next week,class begins.

Barangsiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan mudahkan jalannya untuk ke syurga. (hadis)

Aku ingin belajar baik baik. Aku ingin belajar elok elok. Aku ingin jadi lebih baik. Aku ingin jadi lebih elok. Ya Allah, mudahkanlah. Pinjamkanlah aku kekuatanMu.

Bersama 3000 lebih orang di pusat asasi uitm puncak alam untuk mencapai tujuan yang sama, iaitu empat leper? Empat pangsa?

Bukan kerja cikai cikai punya. Mungkin terkadang terasa ada persaingan yang sengit akan berlaku. Petir akan menyambar disana sini.

Cakap dengan diri sendiri..

Hanis nabihah,Belajarlah kerana Allah. Kau berusaha sebab itu perintah Allah yang yang Tahu segalanya.
Belajar dan usaha sungguh sungguh itulah gaya umat yang Rasulullah suka.

Rezeki cemerlang itu milik Allah. Dia akan hadiahkan buat hambaNya yangDia sayang. Jadilah hamba yang Allah sayang.

Tidak perlu gentar dengan kata kata orang, takutlah jika rahmat Allah itu hilang.
Ingat,Allah yang utama. Ya, Dia yang terutama.

Tawakkal dengan sebenar benar tawakkal 

Alldabest sahabat semua. Mesti tajdid niat selalu.


Okay. Thank you for reading. Do visit my blog again. :)

Wassalam
Smile.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...