Wednesday 22 May 2013

Makan-makan dengan Kawan


Hello2. Assalamualaikum!
Peace be upon to you

Selepas membaca entry blog kak Fatin Liyana
Dengan semangatnya mengajak kengkawan yang boleh diajak pergi makan Burger Bakar Abang Burn
Ahaks.

Mula-mula plan,memang nak makan kat seksyen 7 shah alam. Pagi tu around 11 am
Lepas tuh,baru tau. Abang Burn buka kedai beliau petang sampai malam.

Dan pagi tuh,makan kat Rafi Bistro. Kelakar benar lah bila fikir balik. Dari rancangan awal nak makan burger bakar, alih-alih makan kat kedai mamak. Ahaks. Amik breakfast pukul 12 tengah hari. Mmm,memang bagus sangat. Sarkastik.

Breakfast + Lunch = Fair enough.

Oh my.... Baru nak mengupdate tempat makan famous tuh.
Cant say more memang sedaplah. Harga burger yang paling murah pun RM7.50
Eh,yang 'sen' tuh tak tau lah tepat ke tak.

And,kita boleh tambah patty burger tu sebenarnya. And of course lah tambah wang juga.
Tapi,saya tak tahu benda tu waktu tuh,so order yang biasa-biasa je. Uhuks






Sementara tunggu Abang Burn buka kedai. Kitorang pergi tengok Star Trek Into Darkness dulu.
Serius gempak gila. Memang style. Dan baru tahu juga, sebenarnya Star Trek tuh dah banyak siri dah sebelum ni. T.T (Ketinggalannya...)







Okay. That's all for today.
Yoss. Choww.
Wassalamun alaikum.
Syukran.









Follow lah saya..??

Dude.. What's with the title??

Before that. Assalamualaikum wbr
Hey guys.. Ku tahu ku bukan sesiapa. Blog ini tidak terkenal *bling bling macam any other famous blogger yang anda kenali. (Mood : Sayu)

Then,should I care?
Write! Write! Write! Type! Type! Type! (Mood : Semangat)
Walau hanya segelintir, segelincir? orang sahaja yang baca tulisan saya.
But,that's fine for me.

Bak kata Inche Gabbana. Uhuks. Lawak la pula bila sebut nama tuh. Style!

Aku si penulis jalanan. Karyaku marhaen hanya picisan. 
Tiada nilai di pasaran. Tapi aku menulis demi redha Tuhan. ;)
Sebenarnya,saya tak faham maksud 'marhaen' tuh. Nanti nak cari maksud kat kamus. 
(kalau memang bukan typo lah. Eheh)

Ingat lagi, saat pertama saya mula menulis. Haha. Gelak dulu.
Sebab cara pegang pensel dah lah salah. Tulis A banyak kali sampai bawah. Baru perasan rupa A yang ditulis tu macam menara condong kat Perak hah.





Apa boleh buat? Kita tak boleh nak terus jadi hebat at first time you do anything
Like blogging too. 

#Cakap dengan diri sendiri
Akan aku terus ber'blogging' selagi ada manfaat boleh aku bawa dan beri 
untuk umat Rasul Muhammad s.a.w
Bak kata Ust Rohidzir Rais
"Agak-agaknya solat,puasa dan amal kita cukup ke untuk dibawa ke akhirat. jadi,saya menulis agar manfaat dan pahala yang saya nak bawa ke akhirat kekal dan berpanjangan."

Hah,gituu..

Akan aku terus menulis walau followers ku hanya bilangan 'sa' tidak sampai puluh ratus apatah lagi ribu.
Akan aku terus menulis walau hari-hari visitors ku hanya dua tiga ataupun satu.

Moga,tulisan ini memberi kesan. Berbekas dalam hati tiap insan yang faham apa yg cuba aku sampaikan.

Kalaulah ada orang kata, "Tak best lah blog kau."
Apa agaknya yang perlu saya fikir.
I'll bear in my mind that my blog is the super duper awesome blog that ever exist in the world.

Man,if you dont appreciate yourself. Who else wants to do it?
We're precious and special in our own way. Be like one.
Okay?

Get yourself a high self-esteem.
Then,you'll feel good about yourself.
But,of course lah semuanya berbalik kepada Tuhan kita kan.

All in all.
Hanis Nabihah. Allah knows what you're doing now. Allah is near.
I hope each of my writing or entries or posts make my readers know that He is near.

Wassalam :)
Keep smiling.


 

Oh Ayah !


Peace be upon to you.
Menyambung balik. Kisah lain pula.

Ini akibat semangat yg membakar dalam diri sudah di tahap boiling point dan perlu diambil tindakan segera.
Memandangkan,saya sudah habis sekolah,so semangat utk memandu kereta Avanza ayah memang mencakar langit.

Hence,on last saturday..

Ayah brought me to kompeleks sukan.
Taught me to drive Avanza. To be specific his avanza.
Ayah macam gerun la kan, anaknya yg tade lesen ni nk bwk kete tuh. Uhuks.

Serius seronok drive kereta tinggi. Eheh.
Ayah ajar camne nak parking kereta panjang tu (tp x lah sepanjang bas sekolah)
what i found today is not just how to be expert driving avanza or whatsoever

But I found something more valuable.... (just keep reading till the end, kay?)

Sambil2 drive tu bercerita dengan ayah. Betapa.. Betapa.. Betapa apa-apalah bila dua kali kandas jpj. Tak puas hati pun ada. But,fair enough. Allah cuma tangguhkan rezeki itu dan ada gantian yg lebih baik. And that's so true.

Memang semangat gila. Nak tuntuk ilmu tuh. Tanya itu. Tanya ini. Uhuk uhuk.

Dalam masa yg sama, ayah asyik cakap "ish, ayah risaulah kamu nih. Terasa macam ayah pula yg menekan minyak. Bila nak belok tu,tekan brek. Tak terlajak nanti. "

Lebih kurang macam tu lah.
I have a dad. The 'ayah' that always worried for me. No doubt about that. But he never stop or avoid me doing whatever i want to. Tapi,kadang2 ada halang juga. Tapi jaranglah.

Sometimes,sebagai anak yg ada darah generasi Y, rasa macam "ish,ayah tak payah risaulah. Kakngah boleh jaga diri. Betul~" hah, panjang sgtlah 'betul' tu kan.. Tapi,nnt akhirnya ayah juga kena tolong. Pfftt..

Then,bila nak balik tu..

Ayah : ayah suka bawa kereta manual lagi.
Anak : eh,kereta ni kan auto? Kenapa pula lgi suka manual? Auto lah senang. Tak yah tukar2 gear.
Ayah : Kalau bawa kereta manual, Ada rasa gaya macam berlumba kat rally. Kejap2 tukar gear. (siap gaya) bila laju tu terus vroooomm.. Kalau auto ni (buat gaya boring sebab lambat) masa tekan minyak, lajunya naik perlahan-lahan baru laju.
Anak : hahahah. Comelnya ayah.

There's time when there're only you and your dad having a conversation about what both likes, feels or i can say sharing thoughts. It really strengten the bond, you know.

When teens now keep busying themselves with what their couples likes or dislikes, how to make their friends accept them, why they feel not belong with places they stay and so many other things. Yet, there're someones that they,you,we should care of more. Much more.

Love your parents more. Appreciate them more. Pray for them more.
Much more.

Because when you seek for replacement of them. You'll get nothing same like that.
Tak Pedulilah kalau ada mak ayah jenis yang tak lut sangat feeling2 nih. Yang bila ditanya, angguk geleng je jawabnya. Atau gaya komander latih tentera.

Yet,they're still our parents. As muslim, tanggungjawab kita taat kepada keduanya. Dapatkan redha ibu dan ayahmu. Redha Allah jaminannya. Jika benci yang kau dapat, murka Allah gandaannya serta seluruh isi bumi ni.

Sayang Allah melata di muka bumi ini. Kenapa susah sangat nak kumpulkan buat bekalan. Contohilah Uwais al-Qarni.

So sorry to say this. Jika sekarang kita asyik fikir bagaimana lagi nak perbaiki diri, jadi lagi soleh, jadi lagi solehah. Supaya pasangan hidup kita pun begitu. 

Fikirlah juga bagaimana nak jadi ANAK soleh dan solehah.
Kalau kita fikir dan amal sebagai anak soleh. InshaAllah, anak-anak kita juga akan jadi soleh solehah seperti kita. Jaga kita bila tua. Doakan kita setelah kita meninggal dunia

I rarely talk about this kind of thing like marriage or apa-apa je because i already have a family and im still thinking how to bring them near to jannah and walk into it together.

And i know when the time comes,i'll have one which i lead it. Of course sebagai penolong bukanlah ketua yg mutlak.

All in all

I've a really great man that always there for me,protect me. Though he speaks no much but i'll know what he think jusy by seeing through his eyes.

Ini random post. What just happened i write. Dan sebenarnya tak ingat father's day bila. Atau boleh kata memang tak pernah tau pun sampai sekarang. mungkin ini post untuk my loved one before belajar mana-mana. Walaupun tahu tak de lah belajar seberang laut pun. And just a reminder to my friends before masuk uni.

And of course. To myself. Yes. Myself especially.
Wassalam.

p.s : Siapa lagi comel kat sini. Anaknya yang banyak bertanya ke ayahnya?? Ahahaha. 



Appreciation

Alhamdulillah. Puji-pujian hanya untuk Allah. At last! Boleh juga mengupdate blog. Memang tunggu saat ini. Setelah berhadapan dengan internet yang men'siput' dalam minggu ini.

Okay. Bring it on ! 
Before I begin, Assalamualaikum dan salam sejahtera (eceh,gaya cam VIP berucap pula dah)

11 Mei ago, Hari Anugerah Cemerlang di sekolah lama saya. SAM Bestari,Subang Jaya.
Sangat teruja dengan apa yang bakal berlaku.

And that day,I felt so thoughtful and grateful. What kind of feeling? 
Feeling that make you think that you're the most precious person in the school. Nak cakap in the world macam 'over' lah kan? obviously.. Sebab HAC sekolah je kut.

Tiga kali naik pentas. :3

Anugerah SPM Cemerlang 10A. 
MC tak sebut 1B kat belakangnya.Mungkin nak mengekalkan ke-'gah'-an
majlis tersebut..kut? Uhuks.

Anugerah Sayidatina Khadijah a.k.a Anugerah Pelajar Mithali (Perempuan)
Memang patut jadi contoh lah sangat. Sarkastik.

Penghargaan Timbalan Ketua Umum
This was the first time ever, KU and TKU were being rewarded atas pentas waktu HAC.

Pada hari kejadian,memang tak boleh tahan. My parents were holding their tears. Ayah saya memang sudah merah matanya. Sangat seronok sangat (berapa kali mau ulang -.-) sebab I could bring along my parents on the stage. Itu je sebenarnya kebahagiaan di situ. Untuk naik ke atas pentas tiga kali pada zaman akhir menengah ibarat menakjubkan lah kut. Tapi,entah kenapa. Hati ini tidak terlalu taksub untuk fikirkan itu,

Pengalaman.Pengalaman, Pengalaman menjadi orang yang diberi amanah. Harapan orang setelah kita diberi suatu .. nak kata apa ye? Suatu gelaran I can say. Adalah yang lebih saya beri perhatian.

Mungkin. Eh,bukan mungkin lagi dah ni. Sememangnya, after you received a title which bring you to the upper level, making people think that you must be the best one and should not and never do something wrong or bad or something like that. That's what we call a 'tanggungjawab' 

Bak kata Hlovate "Dah tanggung kenalah jawab"
Hah,gituuu..

Ustazah Rosnita cakap "Hah,kekalkan title pelajar mithali tuh. Kat luar pun sama"
She did'nt mean that you should collect or get more titles. But,what she meant obviously is BE LIKE ONE
Be like one who deserves to get that title. Though school was out, but you're going to face more challenging situation,enviroment,people and the world. Digest it well, so you can be someone that people want to follow the grat thing about you. Your attitude?

I am a learner and always be.
I hold that quotes till now as my closest teacher, Tc.Norkiah once said
"You'll never be a failure,but always a learner"

Kita mungkin ada rasa takut apabila orang meletakkan harapan terlalu tinggi atas bahu kita. 
But,for me. At least I'll be like one they think I'm supposed to be. Apa yang mereka fikir adalah doa.
Ya,itu doa. Kita tidak pernah mungkin jadi sempurna. Walau saya tahu, banyak sangatlah kesalahan dan kelemahan yang dimiliki hamba hina seperti saya ini. (ecece..) Tapi,itu adalah satu booster untuk saya naik ke satu level lagi. Dont be too safe for what you're now. Strive to the better ! 



Syukur. Syukur. Syukur. I couldnt be there without them

 Dan percayalah anda. Nama piala yang besar itu ialah piala Saidatina Khadijah. Piala itu sudah runtuh dalam masa tidak sampai 45 minit saya memilikinya. Ahah. Memang tak pandai jaga barang ! Piala tu piala pusingan,so tak bawa balik rumah, terus hantar pejabat. My siblings tak sempat pun menatap benda alah itu. Tapi,tak rasa lah diorang semangat benar nak tengok piala tuh. =.='



Segala penghargaan hanya milik Dia

Appreciate ! Kita terlalu mengharap penghargaan manusia. Tapi,kita lupa untuk mensyukuri segala nikmat Dia.  Apa yang kita ada hari ini,hanya pinjaman semata. Saya selalu cakap dengan orang bawah pimpinan saya (eh,selalu ke?) "Hidup biar banyak berjasa,walau kita tidak dipandang mulia"

Eh,sebenarnya lain sikit ayat tuh patutnya. Hahaha. Dah lupa dah apa yang saya cakap. (Whatta?)


Antara budak-budak Cemerlang, Ahah,
I couldn't upload more photos. Sebab loading yang terlalu lama. And not to forget, All the Best for every spm leavers 2012 yang dah masuk universiti or yang masih sibuk uruskan kemasukan ke universiti,

Walaupun ada kawan-kawan saya yang tidak pergi pun HAC ini, tapi saya yakin mereka-mereka ini akan lebih gemilang dan terbilang kat universiti nanti.

Macam Prof Muhayya cakap "Jangan bergantung kepada kegemilangan yang lalu"
Apa yang kita dapat hari ini tidak semestinya akan kita dapat pada masa hadapan.
Apa yang tidak kita dapat hari ini, mungkin akan kita dapat pada masa hadapan.

Struggle ya kawan ! Tunjukkan Malaysia Boleh ! Ahah,apakah kaitan itu dengan semua ini?
Ada kaitannya. Seek then you'll find out what I really mean.

Smile.
p.s : Siapa yang dapat asasi sains UiTM, nanti kita jumpa kat Puncak Alam eh. Huhu. Atau sesiapa yang dapat kampus puncak alam lah.





Tuesday 7 May 2013

Hariku!

Assalamualaikum w.b.t
Memang dah lama sangat tak update blog, At last, mood blogging datang balik.
(Gaya macam ramai sangat baca blog kau nih)

Apa perkembangan terkini?
Besok aku akan menghadapi ujian jpj. Uh! Jantung mengepam darah ke seluruh badan dengan sangat laju bila fikirkan besok aku akan diuji.

(Wallawei,chill lah sis. Macam dunia yang kau tinggal sekarang ni bukan ujian je.)
Ohoh,,that's reality. We are being tested throughout our life, either you realised it or not.

Bila dah duduk rumah terlalu lama. Kuasa malas mula berkembang, meningkat from one level to the next. Non-stop increasing. Sehingga suatu tahap,kau mahu menghentam diri sendiri ke dinding kerana berasa diri sendiri sangat tidak berguna kepada agama,nusa dan bangsa.

Then,I thought I must stop. Stop from letting myself be defeated by nafsu and syaitan.
Persetan kau syaitan. Erk.

Now,I'm very determined to start 'menghafal' Quran. (30juz) But I'm just a beginner. Mentah lagi. Tapi kalau kita nak menghadapi satu perjalanan beribu kilometer, kita mesti mulakan dengan 1 sentimeter dulu, then 1 meter, pastu 10 kilometer pastu... (dah lah =.=')
Doakanlah usaha ini tidak sia-sia, dan sampai ke akhirnya. Bukan tersekat tengah jalan atau lebih teruk lagi, tak sempat sampai pertengahan, mula lagi dah give up.
Pfftt..

Saya tidak menuntut di mana-mana institut tahfiz quran. Cuma minta tolong seorang kakak yang baik hati yang saya rapat tasmi dan tebuk a.k.a ustazah saya.
(Terima kasih kakak cantek! Eheh)

Dan terima kasih juga pada seorang sahabat yang baik nih, Ain Syafa Nabila Hashim. Katanya kalau nak menghafal, Doalah pada Allah supaya pinjamkan ayat-ayatNya untuk kita hafal. Bukan minta "Ya Allah,bagilah aku hafal Quran." Gituu.. Lain katanya. And TAJDID NIAT selalu. ^_^

Apa lagi ye?
Oh, I'm toturing my 'ustazah mengaji' in arabic lesson. Ustazah Ani namanya. Sangat semangat nak belajar bahasa Quran. Aku pun boleh belajar sama sebenarnya. Kaji lagi quran tuh. Tadelah baca menonong je, tak teliti seni bahasanya. Inilah dia,budak sekolah agama! Belajar tapi tak pandai guna. Pffftt...

Kagum tak? Kagum tak dengan ustazah tuh? Ustazah Ani mengajar aku since aku 6 tahun kut. Ingat lagi baca alif ba alif ba ta ta... Ahaks. Tergagap-gagap kut.
Itulah, saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. Rasa sayang eh! 
Eh,apa tuh?

Hah,last but not least, aku masih berusaha mengekalkan ketajaman otakku dengan mengajar matematik. Amboih,memang tajam sangat ke otak mu tuh? Kalau tak tajam,tak mengajar lah. Boleh lah cukup tajam untuk tolong kengkawan adik sendiri. Good luck SPM anak muridku! Uhuks.

Okeh. Tak tahu dah nak merepek apa.
Tapi,untuk jadikan post ini tidaklah sia-sia...

Hari-hari, kita buat dosa. Tapi Allah tak pernah jemu tunggu taubat kita. Jadikan hari esok lebih baik dari hari yang sebelumnya. Kita tak tahu kita mati bila. Istighfar itu mudah sahaja, boleh buat bila-bila. Fahamkan maksudnya?  Salam sayang semua!









Monday 6 May 2013

MONOLOG (3)


Oh,aku masih ingat ketika pemilihan barisan kepimpinan. Aku dengan semangatnya mencalonkan Arif. Tetapi,dia tidak terpilih. Aku tahu dia layak memegang amanah itu. Tetapi,dari situ aku belajar bukan semua yang kita fikir hebat di mata kita, akan turut hebat di mata orang lain. Bukan kerana dia tidak layak,tetapi ada sesuatu yang sudah diaturkanNya, dia sentiasa berada di sampingku dan menjadi penjagaku dan sama-sama membimbing untuk ke syurga. Arif tidak disibukkan dengan tugas-tugas lain kerana janji dia sebagai sahabatku dunia dan akhirat. Mulia sekali pekerjaannya. Sesungguhnya saudara yang membantu saudaranya lain lebih baik daripada 1000 tahun i’tikaf. Aku tidak berhenti berdoa agar dia dikurniakan syurga.


Sudah tiga tahun kami berada di situ.Hari-hariku semakin baik. Kini,aku dan Arif sedang menghafaz 30 Juzu Al-Quran. Aku ingin masuk syurga dan membawa orang yang berjasa kepadaku bersama ke syurga. Suatu hari,aku dan Arif ‘outing’. Itulah yang dipanggil  pelajar di sini apabila keluar ke bandar. Aku mempunyai kerusi rodaku sendiri. Arif menolakku ke sebuah kedai buku. Aku membeli buku berjudul ‘Khalifah yang Agung’ dan Arif pula membeli buku ‘Ajal Kita Siapa yang Tahu’. Aku tertarik kepada buku itu dan berkata kepada Arif yang aku mahu pinjam selepas dia habis membacanya. Memang itu pun kebiasaan kami. Bertukar-tukar buku, bertukar-tukar ilmu.


Keluar sahaja daripada kedai buku. Kami menuju ke transit yang kami naiki untuk ke sini tadi. Arif membantuku untuk naik ke dalam transit. Tiba-tiba aku ternampak titik merah di pada jubah putih Arif. Aneh. Aku sedar ada sesuatu yang bahaya. Belum sempat aku memberi amaran,titik merah itu menjadi darah merah yang menyerbu keluar dari dada Arif.  Darah itu menyembur pada muka dan tubuhku.Bunyi tembakan itu didengari oleh semua orang di situ. Aku panik. Darah Arif terpalit pada jubahku yang juga berwarna merah. Darah Arif  yang berlumuran di wajahku tidak aku lap. Kami terus meninggalkan kawasan itu. Sebelum pergi aku dapat mendengar suara orang ramai menghubungi polis. Saat itu sangat pantas. Transit yang kami naiki dibawa laju menuju ke hospital. Aku merangkul tubuh Arif sekuatnya. Aku tidak mahu dia pergi. Doaku ketika itu hanyalah keselamatan Arif. Ya,aku mahu sahabatku selamat. Aku mengajar Arif mengucap “Asyhadu alla ilaha illallah,wa asyhadu anna Muhammad rasulullah”. Arif mendekatkan telingaku kepada bibirnya. Aku dapat mendengar nafasnya sesak. Butir bicara yang ingin disebut tersekat. Arif kata,dia kata.. “Mesti kuat……kuat untuk ummat. Allah…” Itulah kata-kata terakhir seorang Arif, dialah kawan,dialah teman, dialah sahabat dunia akhirat. Moga syurga untukmu,kawan.


Pada sepertiga malam. Aku bertahajud. Setelah itu,aku memeluk buku yang baru dibeli Arif pada hari kejadian tragis itu. Aku hilang seorang kawan, tetapi aku bersyukur kerana aku tidak hilang pedoman. Aku mesti terus kuat. Terus kuat untuk memberi sesuatu yang bermanfaat untuk ummat. Akan aku pegang amanat terakhirnya. Aku menatap lama kulit buku itu,aku hadamkan. Lalu,aku membuka halaman pertama buku itu dan membacanya. Air mataku bertakung di tubir mata. Belum sempat kau membacanya,telah aku belajar bagaimana cara untuk menerima takdir ajal seorang manusia.
Setelah 10 tahun aku meninggalkan tempat pertama yang aku panggil rumah, aku kembali semula. Aku kembali seperti yang aku janji. Aku memeluk Mak Jah dan penghuni rumah itu. Rupa-rupanya,sepanjang aku pergi mengenal Islam, hidayah datang kepada penghuni rumah ini. Ya,hidayah itu milik Allah, Tetapi,aku juga gembira kerana ia dikurnia tidak lama selepas pemergianku. Kini,aku menulis buku. Daripada situ,aku dapat menyara diriku dan rumah kebajkan ini. Juga ke jalan Allah.


Banyak persoalanku sudah terjawab.Hidup kita tidak semestinya dimulai dengan kebahagiaan. Jangan kita menilai suatu kesempurnaan pada permulaan, takut-takut belum sampai ke pengakhiran, kita sudah tersungkur di pertengahan.
Ayah dan Arif telah pergi. Dan,aku tahu akan tiba juga masaku. Syukurku tidak pernah memadai dengan peluang hidup dan belajar yang dikurnia Tuhan Yang Maha Kaya. Sudah 35 tahun aku hidup, aku dapat rasa baktiku pada dunia masih belum cukup. Tahukah semua,tentang suatu malam aku bermimpi. Mimpi? Ya,aku mimpi aku akan mempunyai sepasang kaki di syurga nanti dan aku dapat hidup bersama orang-orang yang aku sayang tidak lama sahaja lagi. Mungkin itu petunjuk,ajalku semakin hampir. Tetapi,aku tidak gentar kerana dunia ini sebenarnya mimpi dan akhirat itu pasti. Doakanlah aku terjaga dari tidur yang panjang ini dalam keadaan yang diredhai. (Al-Fajr, 4 ayat terakhir)


(Batuk..Bunyi rakaman suara rosak dan tutup)


TAMAT




x

MONOLOG (2)


Langkah demi langkah aku ambil menghampiri seorang lelaki tua yang sedang memberi surat khabar kepada seorang budak lelaki yang sepertinya sebaya denganku. Aku menghampiri lelaki tua itu dan cuba meraih simpatinya untuk memberi surat khabar juga kepadaku. Tetapi,aku diherdik. Katanya tiada duit,tiada selimut. Aku memiliki RM50. Belum sempat aku meneruskan bicaraku, budak lelaki yang baru menerima surat khabar tadi mempelawa untuk berkongsi denganku. Dia sangat baik. Ya,sangat baik. Aku beruntung pada malam itu. Dia berumur 13 tahun. Sama umur denganku. Dialah kawan pertamaku pada malam itu. Malam itu juga menjadi ketika aku mengenali apa itu makna sahabat sejati.


Oh,mahu tahu namanya? Nama dia Arif. Dia memang arif. (senyum) Arif memperkenalkan aku dengan bandar itu. Dia mengajak aku untuk pergi ke tempat yang lebih menarik. Lalu,kami menempah tiket dan naik bas. Urusan pembelian tiket diuruskan Arif,aku hanya memberikannya duit. Dia juga jujur. Arif memulangkan semula baki wangnya. Perjalanan kami bermula. Aku memberitahunya bahawa aku mahu mencari Allah dan aku mahu belajar banyak lagi tentang Islam. Dan,dia sangat suka dengan pencarianku dan ingin bersama-samaku. Aku cerita kepadanya apa yang aku tahu. Walaupun sedikit tetapi rupa dia menunjukkan minat yang sangat dalam.


Aku tertanya-tanya siapa Arif sebenarnya,kisah hidupnya,bagaimana dia boleh sampai ke sini. Lalu,aku pun bertanya kepadanya di dalam bas. Tahu apakah jawapannya?
Dia kata “siapa kita pada masa dahulu tidak penting,siapa yang kau lihat di depan mata ini adalah aku. Aku,Arif. Kawan kau. Dan sahabat yang akan sentiasa bersama kau untuk mencari kasih sayang Ilahi. Kala kau senang aku ada,ketawa bersama kau,kala kau susah aku akan tolong,walau sesukar mana. Terima kasih sebab sudi jadi sahabat aku,Hadi.” Tika aku mendengar setiap baitnya,hatiku tersentuh. Butir-butir jernih bertakung di tubir mataku. Terima kasihku hanya pada Dia kerana aku percaya dia ialah hadiah buatku. Ya Allah,aku sangat ingin mengenalimu lebih lagi. Untuk fahami kenapa itu dan ini berlaku. Bantulah aku,bantulah kami.
Beberapa jam kemudian,kami turun dari bas. Kami berjalan di tepi restoran. Perut ini sangat kelaparan. Arif menyuruh aku tunggu di tepi jalan bawah pokok. Arif kata mungkin dia boleh bekerja di sana. Saat aku setia menunggu di situ, tiba-tiba sebuah van menghampiriku. Seorang lelaki berkulit gelap keluar dari pintu van. Aku dapat merasakan sesuatu yang tidak enak akan berlaku. Aku bangun dan cuba lari. Tetapi,daya aku yang berkaki satu dengan daya lelaki berbadan tegap itu tidak aku terlawan. Aku menjerit nama Arif. Saat itu aku lihat Arif sudah berada di tepi van. Cuba melawan dengan tubuhnya yang kecil itu. Kejadian itu sangat pantas. Kami berdua dibawa pergi. Kawasan itu tidak ramai penghuni. Tiada yang sedar akan kejadian itu. Mata kami ditutup sepanjang perjalanan. Hati ini sangat cemas. Bingung dengan nasib sendiri. Apa yang berlaku? Ke mana mereka bawa kami pergi? Kenapa mereka menculik kami?


Sampai sahaja di sebuah rumah yang terpencil,aku dapat tahu tempat ini ialah sindiket peminta sedekah. Dia menculik kanak-kanak dan memaksa mereka untuk di tepi-tepi jalan meminta simpati orang ramai. Kejam. Di situ,aku berkenalan dengan lebih ramai kenalan. Tapi,Arif tetap menjadi sahabat istimewaku. Dia sentiasa ada ketika aku ada masalah dengan orang di sana.


Suatu minggu itu,aku tidak dapat hasil yang banyak. Aku letih. Tetapi,aku tetap berasa gembira kerana Arif ada. Pada salah satu malam minggu itu,aku dibawa berjumpa dengan lelaki berkulit sawo matang yang tinggi. Kami semua memanggilnya ‘tuan.’ Dia ialah ketua kepada perbuatan terkutuk ini. Dia kata dia mahu aku bantu aku menaikkan lagi kutipan aku. Aku bertanya kepadanya, “bagaimana?” Dia kata caranya tidak menyakitkan. Cuma sakit sikit apabila terjaga. Aku diberi ubat yang buat aku pengsan. Waktu itu aku hanya berdoa kepada Allah. Aku tidak tahu mahu lakukan apa lagi. Lalu,aku terlelap.
Dalam lenaku,aku sedang berjalan. Aku sudah mempunyai kaki kananku semula. Dan yang paling gembira sekali,Arif ada di sebelahku. Tangan kanannya di atas bahuku. Kami berjalan bersama ke suatu tempat yang sangat indah. Aku tidak pernah lagi pergi ke sana. Aku sangat ingin ke sana. Ketika,kami hampir tiba. Aku terjaga. Aku berasa sakit di kakiku. Kepalaku terasa berat. Aku cuba bangun. Lelaki-lelaki yang aku temui semalam sudah tidak ada. Rupa-rupanya aku sudah berada di atas katilku. Aku mahu turun dari katil. Tapi,aku tidak dapat merasakan lantai. Kenapa? Aku mula cemas. Aku tarik selimutku perlahan-lahan. Kaget. Kaki kiriku telah dipotong. Lelaki bangsat itu telah ambil kakiku. Aku menangis sedayaku. Aku sudah tidak mempunyai kedua-dua kaki. Kedua-duanya. Aku menangis dan menangis lagi. 


Arif terjaga dek tangisanku. Dia sangat terkejut. Terlalu terkejut. Arif cuba menenangkanku. Aku dapat mendengar dengusan marah Arif. Dia bangun dan terus berlari keluar. Aku tidak tahu ke mana di pergi.Tetapi,perkara itu ialah perkara biasa di sana. Hilang tangan,hilang kaki,hilang mata bukan perkara luar biasa. Aku cuba menerimanya. Ya,aku cuba. Aku cuba teruskan hidupku dan menguatkan diriku dengan ingat kembali pencarianku selama ini. Aku yakin aku pasti dapat keluar dari sini. Aku akan keluar dari sini.
Malam itu,Arif tidak ada di atas katilnya. Apabila aku bertanya kawanku yang lain,mereka kata Arif tidur di bangsal. Tahulah aku bahawa Arif pergi melawan lelaki yang lebih besar daripadanya pada pagi itu. Dia didenda,tidak dibenarkan makan dan tidur di bilik. Aku dapat rasakan dia pasti kesejukan. Aku cuba keluar dari bilik pada malam itu,tapi pintu telah dikunci dari luar. Aku tidak dapat lelapkan mata malam itu. Setelah lama fikiranku menerawang,aku terlena. 


Pada keesokan harinya,aku mendengar kekecohan di luar bangsal. Tuan memarahi orang bawahnya kerana ada yang dapat lepaskan diri malam itu. Aku tertanya-tanya siapa yang melarikan diri itu. Hatiku mula rasa tidak sedap. Aku melihat sekelilingku. Aku mencari Arif. Susah untuk melihat orang dari sudut bawah ini. Aku tidak dapat menemui Arif. Kemudian,aku dibawa oleh lelaki berkulit gelap yang mengangkat aku masuk ke dalam van pada masa dahulu. Aku ditanya bertubi-tubi tentang Arif. Mereka tahu aku sahabat baik Arif.Dan,aku tahu dalam masa yang sama mereka sudah menghantar orang mereka untuk menangkap semula Arif. Aku bercakap yang benar. Aku tidak tahu Arif lari ke mana. Tuan kata aku bohong. Dia herdik aku. Dia pukul aku. Tubuh lemahku semakin lemah. Aku terkulai layu di atas tanah. Setelah mereka puas denganku,mereka memanggil kanak-kanak lain.


Sepi malam itu semakin sunyi tanpa Arif. Aku terkilan. Arif tidak mengucapkan selamat tinggal kepadaku sebelum pergi. Dan,yang paling sedih buatku,Arif mungkir janji. Ya,dia tidak tepati janjinya. Arif kata dia akan sentiasa bersamaku. Susah senang sama-sama. Malam itu,air mataku mengalir lagi. Deras. Ya Allah,Kau Tuhan. Aku hamba. Apa yang perlu aku buat sekarang? Aku tidak tahu. Aku hilang arah.


Pada keesokan hari,aku berjalan menggunakan tangan. Aku masih dalam latihan untuk membiasakan diri dengan sepasang tangan sahaja untuk bergerak. Hari itu,aku tidak perlu keluar meminta sedekah. Aku diberi masa berehat untuk mendapat kekuatan semula. Aku diberi suatu alas yang rata dan beroda. Tuan kata aku boleh guna benda itu agar mudah lagi bergerak nanti. Hatiku berasa tenang hari ini. Aku tidak tahu kenapa. Buat pertama kalinya,aku menikmati alam di sekelilingku. Sunyi. Tempat persembunyian ini dilindungi oleh pokok-pokok yang menghijau. Angin bertiup sayup-sayup. Burung-burung berkicauan menyanyi memecahkan sunyi pagi itu. Aku senyum pada alam. Ya,aku senyum pada alam kerana aku tenang. Aku senyum bukan kerana ayah bersamaku,bukan kerana Arif di sisiku. Tetapi,aku yakin yang aku layak untuk tersenyum walau tiada manusia di sampingku,kerana aku ada Allah,pencipta Alam ini. Bodohnya aku. 

Sebenarnya,aku boleh mengenal Allah dengan melihat alam ciptaan-Nya. Aku ketawa sepuas-sepuasnya waktu itu. Aku tetap boleh gembira. Mungkin boleh dikata gila kerana aku ketawa dengan air mata. Ya,air mata mencurah lagi tetapi kali ini dengan deraian tawa.
Petang itu,aku dapat merasakan sesuatu akan berlaku. Aku melihat lorong yang biasa kami lalui untuk keluar ke bandar. Aku menatapnya lama. Tiba-tiba,aku terdengar sesuatu yang datang dari lorong itu. Ia semakin hampir. Aku tahu itu bunyi siren. Siren polis. Ya,saat itu aku tahu aku akan pergi dari sini. Jauh dari sini. Keadaan sangat huru hara. Lelaki-lelaki sindiket bangsat itu bertempiaran lari cuba menyelamatkan diri. Aku terpandang susuk tubuh yang sangat aku rindu. Sangat rindu. Aku nampak Arif. Dia sedang menuju kepadaku. Dia berlari ke arahku. Dia memelukku. Tahulah aku,dia tinggalkan aku kerana dia mahu selamatkanku. Kanak-kanak di situ diselamatkan dan dimasukkan ke dalam van untuk dihantar ke tempat yang sepatutnya. Aku curi-curi dengar perbualan pegawai polis di situ, katanya ketua sindiket itu berjaya larikan diri. Tetapi,aku tidak menaruh bimbang terhadap berita itu.


Aku dan Arif dihantar ke tempat yang sangat ingin kami pergi. Aku berkata kepada pegawai polis itu,aku ingin belajar tentang Islam. Lalu,dia senyum dan membawa aku ke suatu tempat. Ia sangat cantik. Tempat itu ada tasik yang sangat luas dan masjid. Ya,aku dapat rasakan itu masjid,walau aku tidak pernah ke situ. Tapi,aku tahu itu masjid. Arif dan aku tinggal di asramanya. Kami diajar tentang Al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w, Islam dan kehidupan. Aku belajar membaca Al-Quran. Terkial-kial aku menyebut huruf jawi. Tetapi,semangatku tidak pernah luntur malah semakin kuat. Dan Arif tetap setia di sampingku. 


Bersambung...

MONOLOG. (1)

(Bunyi rakaman suara mula dihidupkan.)
(blur..)
“Ehemm,ehhem.” Batuk.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Assalamualaikum. Assalamualaikum w.b.t. Mungkin,apabila rakaman suara ini dimainkan, aku sudah dijemput Ilahi. Monolog ini ialah satu kisah hidup seorang Hadi. Monolog ini juga suara hati. Monolog ini buat semua yang sudi mendengar dan menghayati. Aku hanya seorang hamba Allah yang terlalu banyak kekurangan. Mohon sudi diberi perhatian.


Aku dilahirkan pada tahun 1989. Aku dilahirkan tanpa kerelaan. Aku dilahirkan hasil penzinaan. Aku dilahirkan tanpa kaki kanan. Oh,ketika aku masih kecil aku sangat teringin dibelai oleh sorang wanita yang bergelar ibu. Tapi,aku masih bertuah untuk punyai seorang wanita yang rela mengasuhku. Dia menjagaku dan menjaga kami semua. Kisah hidupku bermula di sini.
Rumah kebajikan yang dipenuhi dengan anak-anak yang tidak ber-ibu,tidak ber-bapa, wanita yang tiada tempat bergantung dan orang tua-tua yang diabaikan ialah tempat tinggalku. Tempat lahirku. Tempat aku membesar.


Kami bertuah kerana sumbangan sentiasa ada buat kami daripada insan-insan yang masih ingat akan insan yang kurang upaya,tiada mampu bekerja seperti kami. Mungkin itu sebagai tanda mereka syukur dengan harta yang dikurnia, tetapi mungkin juga hanya untuk dikatakan pemurah cuma. Ketidakikhlasan mereka buat aku meluat. Mereka datang dan pergi. Sebelum pergi,mereka berjanji untuk datang lagi. Tapi.. ( mengeluh sinis..)
Aku sudah biasa ditinggalkan. Sudah cukup tabah mungkin untuk belajar bahawa dunia ini tiada harapan buat insan seperti aku, kerana apa guna aku bermimpi tinggi kalau hanya menyakitkan diriku sendiri.


Ketika usiaku mencecah 8 tahun. Aku memiliki sebuah tongkat yang lebih baik bagi membantu aku berdiri dan berjalan. Ia dihadiahkan oleh seorang lelaki yang boleh aku gelar bapa. Aku berterima kasih kepadanya,kerana itu yang diajar kepadaku di rumah itu. Berterima kasih kepada orang yang berbuat baik kepada kita. Tapi,aku masih mencari lagi kenapa.
Lelaki itu sering melawat rumah itu dan yang paling seronok sekali, dia datang kerana ingin menjengukku. Hari-hari yang aku lalui semakin indah dengan kehadirannya. Dia banyak membantu kami,membantu aku. Setiap butir katanya berhikmah, dan dia mengajarku tentang siapa Allah. Allah. Katanya Allah itu Esa,tiada Dua. Kita wajib beriman kepadaNya. Kita ialah hamba. Dia ialah Tuhan kita. Kita mesti sentiasa percaya bahawa Dia ada dekat dengan kita. Yang paling aku ingati, Allah tidak pernah jauh daripada kita,Allah sentiasa ada walau di mana kita berada. Cuma manusia yang menjauhkan diri mereka dari Allah. Tetapi,selagi manusia itu ada iman,kasih sayang Allah akan sentiasa ada. Dan,kita sebagai manusia perlu mencari dan menambahkan kasih sayang-Nya. Sebab lagi Allah sayang,lagi mudah kita masuk syurga.


“Oh,Allah. Aku nak masuk syurga. Izinkanlah aku masuk syurga. Mungkin di sana aku dapat berjumpa denganMu.” Itulah azam baru aku ketika usiaku mencecah 10 tahun.
Keeseokan harinya,aku menanti kehadiran lelaki itu. Satu hari penantian menjadi dua hari, dua hari menjadi dua minggu, dua minggu menjadi dua tahun. Aku sudah jemu menunggu. Sepanjang penantian itu,aku bertanya kepada ibu pengasuhku tentang lelaki itu. Mungkin,dia tidak tahan dengan pertanyaanku yang berulang-ulang,lalu dia mencari lelaki itu. Kepulangan ibu pengasuhku aku nanti. Namun, khabar berita yang aku tunggu-tunggu tidak seperti yang aku harapkan. Rupa-rupanya lelaki itu sudah meninggal dunia semasa pulang dari melawatku. Kemalangan. Tiada siapa yang memberitahu kami tentang berita kematiannya. Tiada. Mungkin,kerana siapalah kami,siapalah aku di mata orang di luar sana.


Tapi,aku tetap gembira kerana aku pasti lelaki itu ada di syurga sekarang, sedang berjumpa Allah. Aku akan tetap tersenyum. Aku berselawat di dalam hati. Lelaki itu pernah berkata kepada aku, kalau rasa sedih,kalau rasa lemah. Berselawatlah. Dia mengajarku apa itu selawat ke atas Nabi Muhammad. Mungkin agak terkilah kerana tidak dapat mengucapkan terima kasih dengan cara yang lebih baik. Jika dia boleh mendengarku aku ingin katakan, “Boleh Hadi panggil pak cik, ayah? Terima kasih ayah. Ayah ialah anugerah buat Hadi. Ayah datang daripada Allah dan Hadi mesti terima, apabila sampainya ayah akan kembali kepada Allah. Itu yang ayah ajar Hadi. Nanti,tunggu Hadi di syurga ye.”
Setelah itu aku berfikir panjang,aku tidak dapat ilmu agama yang cukup di sini. Mungkin kerana penghuninya terdiri daripada berlainan bangsa dan agama. Rumah ini hanya menyediakan sokongan daripada segi mental dan semangat untuk teruskan hidup, tetapi bukan dari segi rohani. Aku mahu belajar banyak lagi. Solatku masih belum lengkap tatacaranya. Aku mahu tahu lagi tentang Nabi Muhammad, kenapa hati jadi tenang bila aku berselawat ke atasnya. Apa cara terbaik untuk aku cepat sampai ke syurga. Aku ingin berjumpa dengan ayahku. Aku ingin jumpa dengan Allah.


Apa yang aku tulis pada warkah itu adalah..
Maafkan Hadi. Halalkan segala makan minum Hadi. Terima kasih tidak cukup untuk menggambarkan setiap penat lelah Mak Jah menjaga Hadi sampai hari ini. Hadi tidak berniat untuk lukakan hati Mak Jah Cuma Hadi ada suatu keinginan yang tidak dapat tertunai di sini. Hadi pergi untuk mengenal Allah. Hadi pergi untuk mencari sesuatu yang hilang dari diri Hadi selama ini. Maafkan Hadi juga kerana mengambil duit dari laci Mak Jah tanpa kebenaran. Hadi janji,Hadi akan balik. Hadi akan balik dan bayar semula duit Mak Jah. Hadi akan balik dengan membawa suatu yang kita tiada. Allah.. Hadi pergi untuk kenal Allah. Hadi pergi juga untuk kenalkan semua yang Hadi sayang di rumah ini pada Allah. Doakan Hadi selamat pergi dan balik.


Malam itu sangat sukar bagiku. Aku tidak tahu ke mana patut aku pergi. Aku tidak kenal sesiapa pun di sini. Aku melihat sekelilingku. Sangat asing. Aku berjalan dengan berselawat. Aku hanya mengharapkan pertolongan Allah. Doa kepada-Nya tidak henti aku panjat. Aku berjalan dan berjalan sehingga aku menemui sebuah lorong gelap. Di situ aku lihat ramai orang yang tidak berumah seperti aku kini sedang tidur berlapikkan kotak,berbantalkan lengan dan berselimutkan surat khabar. Aku fikir aku yang paling malang di dunia ini,tapi rupa-rupanya lebih ramai yang susah. Aku tidak layak merungut. Ya,aku tidak layak untuk mempersoalkan setiap takdirku. 


Bersambung..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...